Kriteria Rekabentuk sebuah Sistem Hidroponik

KRITERIA REKABENTUK SEBUAH SISTEM HIDROPONIK

Kami mewujudkan nilaitara rekabentuk menggunakan keperluan pengguna, kejayaan-kejayaan dan kegagalan-kegagalan sistem hidroponik sebelumnya dan penyelidikan sistem hidroponik sediaada. Kriteria-kreteria dikenal pasti ialah:

  • Tahan

Sebuah struktur tahan telah dikenalpasti sebagai keperluan sistem sebab kegagalan struktur sistem sebelumnya.Melalui koresponden kami dengan sekolah dan melawat sistem sebelumnya, kami menetapkan corak bumbung sebelumnya tidak cukup kuat bagi cuaca tempatan. Bumbung gagal bertahan semasa ribut dan itulah sebab utama projek itu tidak mampu diteruskan.

  • Modular

Satu dari matlamat Kementerian Pendidikan untuk projek baru mereka ialah untuk mempunyai sebuah sistem hidroponik yang boleh dengan mudah diangkut. Ini akan membenarkan mereka menggerakkan sistem itu bagi sekolah berbeza dan cuba melaksanakan nya ditempat lain jika sistem itu gagal.

  • Boleh di Replika

Satu lagi matlamat Kementerian Pendidikan adalah dapat mereplikakan sistem itu pada sekolah-sekolah lain dan kampung-kampung jika ia berjaya. Ia menepati misi MyHT bagi menggalakkan amalan-amalan perniagaan yang boleh dikekalkan dan bekerja kearah komuniti lestari. Bagi membolehkan pasukan MyHT untuk mereplikakan sistem itu, bahan-bahan digunakan didalam pembinaan sepatutnya boleh didapati disini. Menggunakan bahan-bahan tempatan dan mengurangkan perkhidmatan penghantaran.

  • Senang di Kendali dan Senggara

Sistem itu akan dijalankan dan disenggarakan oleh guru pertanian dan pelajar-pelajarnya di Sekolah Balik Pulau. Kerana banyak teknik-teknik hidroponik memerlukan peralatan teknikal dan pengalaman, teknik hidroponik sederhana harus dipilih. Guru sepatutnya boleh faham bagaimana untuk mengendali dan menyenggarakan sistem hidroponik dengan bantuan MyHT dan dengan menggunakan manual operasi. Kerana kami mahu sistem itu digunapakai oleh guru dan pelajar-pelajar, kami memilih satu daripada nilai tara rekabentuk memudahkan operasi dan penyenggaraan.

  • Sesuai untuk penanaman sayur-sayuran

Sistem itu sepatutnya bole tahan iklim serantau dan menghasilkan sayur-sayuran sihat. Beberapa masalah yang timbul akibat iklim diMalaysia ialah terlalu panas dan tempoh lama hujan lebat dan kemarau. Lantarannya bagi memastikan kejayaan sistem hidroponik ini, sistem perlu mengeluarkan pertumbuhan sayur sihat dibawah syarat-syarat serantau.

  • Kos murah

Nilai tara rekabentuk terakhir kami diputuskan untuk sistem itu ialah ianya sepatut berkos rendah. Kementerian Pendidikan dikekang oleh belanjawan RM15,000, jadi kami telah pastikan kos keseluruhan sistem itu seperti rajah dibawah. Juga dalam soal mereplikakan sistem itu. Kos untuk membina sistem itu sepatutnya serendah yang mungkin dan masih mencapai nilai tara rekabentuk dikehendaki. Dengan membina sistem berkos rendah, lebih banyak sekolah atau kampung-kampung dengan bajet lebih kecil boleh melabur dalam sebuah sistem hidroponik.

Kami menggunakan carta perbandingan pair-wise, seperti yang tersebut dalam kaedah, mengenal pasti kebanyakkan kriteria penting untuk sistem hidroponik. Kami memastikannya dengan kelompokkan nilai tara rekabentuk kepada kumpulan terdekat kriteria paling penting: sesuai dan tahan untuk pertumbuhan sayur sihat. Carta lengkap boleh dilihat dalam lampiran C. Walaupun ini ialah dua kriteria paling penting dalam membuat keputusan-keputusan utama, kami mempertimbangan nilai tara rekabentuk yang lain juga.

Tags: , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: