Soalan Lazim Hidroponik

S: Saya mempunyai beberapa soalan tentang sistem KebunAir dan EkoTumbuh, bolehkah anda membantu?

J: Ya, dibawah terdapat beberapa jawapan untuk soalan-soalan lazim yang dapat membantu anda. Jika anda tidak mendapat jawapan anda disini anda mungkin juga melawat sesawang pengeluar untuk lebihan maklumat. https://myhydrotech.wordpress.com/

S: Bolehkah saya menutup sistem pada waktu malam untuk menjimatkan tenaga. Perlukah saya jalankan sistem berterusan atau kitar secara berkala.?

J: Semua sistem boleh ditinggalkan pada waktu malam selepas akar-akar tumbuhan cukup panjang mencapai aras nutrien dalam takungan. Pusingan lebih panjang bergantung pada jenis sistem anda miliki:

Bagi My KebunAir dan sistem EkoTumbuh adalah terbaik memasang penentu masa (timer) pada 1 jam ‘on’ dan 1 jam ‘off’ semasa kitaran siang.

Kesemua sistem kami boleh dijalankan 24 jam satu hari 7 hari seminggu untuk hasil optimum, penjimatan tenaga ialah sebab utama bagi kitar siraman. Anda juga hendak mematikan sistem jika permerhatian anda mendapati tanaman atau bahantara telah tepu dengan air.

S: Hos dalam MYKebunDrip/EkoTumbuh tersumbat. Apakah cara terbaik mengurai sumbat pada sistem?

J: Cara terbaik membersihkan gelang titisan dan lajur mengepam ialah dengan merendam dengan air panas. Anda boleh menambah 1 sudu besar peluntur setiap gelen sebagai pencuci. Selepas merendam, tutup satu hujung gelang titisan dan alirkan air panas kedalam hujung yang lain. Ini memaksa air keluar dari lubang titisan dan membuang kotoran. Ia juga satu idea yang baik mempunyai lajur dan gelang titisan tambahan boleh ditukar ketika proses mencuci.Kepingan yang terpakai direndam dalam cecair pelentur. Dibilas betul-betul, kering dan disimpan bagi pembersihan berikut nya.

S: Kenapakah MY MykebunDrip atau EkoTumbuh tidak menitis dari gelang titisan?

J: Make sure the y connector for the 1/4″ airline and 1/2″ drip line (both are connected by the y connector and are the pumping column assembly) is on the bottom of the reservoir in the nutrient solution. There should be a 1/2″ drip line to connect the drip ring tee to and a 1/4″ air line to connect the 1/4″ air line to coming out of the top of the pumping column support tube. If this part is correctly installed, check the drip ring, pumping column and y connector for debris and clogging. If the system still will not drip correctly call or email GH.

S: Bagaimankah saya menangani masalah alga jika terbina dalam sistem Hidroponik saya?

J: Kaedah terbaik ialah pencegahan. Jika anda menyimpan cecair dari cahaya matahari iaitu memastikan tudung ditutup, ini menghalang alga dari tumbuh. Jika dalam sistem telah terdapat alga anda boleh membuang nya dengan sebatang berus atau menggunakan Hidrogen perozida (3ml 3% H2o2 setiap gelen cecair) membuangnya. Jika terdapat zarah-zarah terapung-apung dalam larutan nutrien pastikan mengepam takungan dengan air yang mencukupi dan memulakan dengan satu kelompok baru zat makanan. Jika masalah itu teruk, pastikan anda memaksa alga semuanya keluar untuk mengelakkan risiko pengairan sistem tersumbat .

S: Perlukah saya membeli sistem pencahayaan bagi taman Hidroponik saya?  

J: Tidak, anda tidak perlu menggunakan lampu tiruan bagi semua taman-taman Hidroponik. Dalam kebanyakkan kes cahaya matahari sepenuhnya sudah mencukupi. Bagaimanapun, apabila cahaya matahari tidak boleh didapati atau jika anda mahu memanipulasi kitaran pertumbuhan pokok dan lampu HID sangatlah berfaedah. Lampu-lampu HID membenarkan anda mempunyai kebun Hidroponik dimana saja.

S: Apakah pencahayaan HID?  

J: HID bermaksud (High Intensity Discharge lighting). Ini adalah sistem pencahayaan wattan tinggi. Dalam HID terdapat dua kategori biasa.  Kategori-kategori ini adalah Metal Halide (MH) dan High Pressure Sodium (HPS). Lampu-lampu MH mempunyai spektrum biru yang terbaik untuk pertumbuhan sayur-sayuran. Lampu-lampu HPS mempunyai spektrum cahaya merah yang baik untuk bunga atau lingkungan tanaman bunga-bunga anda.

S: Bagaimana pencahayaan HID mempengaruhi suhu kawasan tanaman anda?  

J: Ya, kuasa wattan lebih tinggi anda gunakan akan lebih panas lampu-lampu. Kehangatan lampu-lampu HID boleh menjejaskan suhu kawasan tanaman anda.alat-alat pengudaraan boleh didapati bagi kebanyakkan sistem lampu HID. My Hydroponik Technology menawarkan pelbagai jenis kipas yang boleh digunakan untuk menyejukkan lampu-lampu dan memastikan suhu dalam kawasan tanaman anda turun.

S: Apakah pencahayaan Kalimantang?  

J: Lampu kalimantang ialah lampu wattan rendah yang biasanya digunakan untuk permulaan menyemai, klon-klon, atau anak-anak pokok yang rapu dan pokok-pokok yang sensitif pada cahaya.

S: Bagaimana saya dapat menanam sebatang pokok dalam sustem Hidroponik?  

J: Terdapat tiga kaedah asa untuk memulakan penanaman mengunakan sistem Hidroponik.

1 – Mengubah – Mengubah ialah cara termudah memulakan. Anda boleh membeli sebatang anak pokok(pokok kecil) dari mana-mana nurseri dan membuang semua kotoran pada akar-akarnya. Anda akan meletakan anak pokok itu terus kedalam sistem hidroponik anda. Ikuti arahan-arahan penyuapan sesuai untuk nutrien dan anda sudah siap memulakan!

2 – Keratan – Jika anda mempunyai akses untuk keratan (atau klon-klon) ini merupakan cara cepat dan efektif memulakan sebuah sistem tanaman Hidroponik. Untuk membuat klon-klon anda hanya perlu memotong satu dahan kecil dari sebatang pokok sedia ada dan meletakkn ia ke dalam kiub rockwool yang diserap dengan nutrien. Mengklon gek adalah dicadangkan untuk mengawal kejutan awal proses pengklonan.

3 – Penyemaian Biji Benih – Jika pemindahan bukan satu pilihan dan klon-klon tidak boleh didapati, cambahan biji benih ialah satu-satunya pilihan lain. Cambahan biji benih ialah kaedah paling sukar untuk memulakan tanaman anda, tetapi dengan aksesori-aksesori sesuai dan menjaganya boleh menjadi satu proses mudah.

S: Apakah produk yang saya perlu untuk memulakan tanaman dari biji benih?  

J: Bila bermula dari biji benih anda akan perlu untuk membekalkan lampu watt rendah serta sebuah persekitaran lembap dan panas. Beberapa produk yang akan membantu. Kiub pemula rockwool kecil, dulang propagasi, kubah plastic lutsinar, tikar panas dan peralatan lampu kalimantang. Kesemua produk-produk ini boleh dibeli diMy Hydroponic Technology.

Tags: , , , , , ,

One response to “Soalan Lazim Hidroponik”

  1. MyHT says :

    Sistem pengkomputeran pengairan sedang dibangunkan dengan kerjasama sebuah syarikat automation.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: