Soalan Lazim Hidroponik

S: APAKAH HIDROPONIK?

 

J: Hidroponik, secara ringkas adalah teknik penanaman tanpa menggunakan tanah.

S: Saya masih baru dengan Hidroponik, apakah yang saya perlu untuk memulakan?

J: Sambil anda mendapat pengetahuan melalui pengalaman, anda akan terus menambah produk dan meningkatkan sistem dan teknik anda. Untuk memulakan anda akan memerlukan sistem hidroponik, nutrisi hidroponik, media hidroponik (mungkin bergantung pada jenis hidroponik), sumber cahaya (matahari atau lampu), masa dan tanaman.

S: Dimanakah boleh saya tanam menggunakan kaedah Hidroponik?

J: Di mana saja,  dalam rumah tanaman atau di luar. Apa-apa tanaman boleh tumbuh dengan hidroponik, walaupun sesetengah lebih halus daripada yang lain. Sekiranya pencahayaan mencukupi untuk tumbuhan berkembang, mungkin seseorang telah menanam nya menggunakan hidroponik.

S: Apakah jenis-jenis tanaman boleh saya tanam menggunakan sistem Hidroponik?

J: Hampir semua pokok tanaman boleh di tanam secara hidroponik, tetapi setengah-setengah tumbuh-tumbuhan di lihat lebih effisien ruang. Sebahagian tumbuh-tumbuhan yang kami cadangkan ialah tomato, cili pedas/hijau/merah, selada, bayam, terung, timun-timun, brokoli, kekacang, herba-herba dan semua jenis bunga.

S: Mengapakah menanam secara hidroponik lebih baik dari menggunakan tanah?

J: Hidroponik hasilnya lebih bersih daripada tanah, dan penanam mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan zat makanan dengan memberi makanan untuk pertumbuhan maksimum dan hasil dalam masa terpantas. Secara ringkas hidroponik membenarkan anda menanam tumbuhan lebih besar, lebih cepat, lebih bersih, lebih cantik, dan berasa lebih baik.

S: Benarkah hasil tanaman secara hidroponik besar dan pantas?

J: Benar! Tumbuh-tumbuhan menerima semuanya yang mereka perlu, jadi kecenderungan kepada lebih sihat, membesar lebih cepat dan umumnya lebih produktif. Jangkaan 30% lebih cepat pembesaran dengan kebanyakkan tanaman.

S: Bagaimanakah rasa hasil-hasil hidroponik berbanding hasil yang ditanam ditanah?

J: Hasil hidroponik sering melebihi hasil tanaman tanah dari segi rasa dan pemakanan. Ini ialah keranan kesemua nutrien dikehendaki oleh tumbuhan itu boleh didapati dengan segera apabila tumbuhan itu memerlukan mereka. Bahan nutrien tambahan boleh ditambah pada nutrien anda memberi tanaman anda lebih rasa.

S: Apakah sistem Hidroponik?

J: Terdapat banyak jenis isitem perkebunan Hidroponik. Biasanya sistem Hidroponik termasuk kawasan tanaman (baldi atau dulang) serta sebuah takungan bagi air dan nutrien anda. Pam digunakan untuk memindahkan air yang kaya zat makanan dari takungan ke kawasan tanaman dan kemudian kembali kedalam takungan. Edaran air ini membenarkantanaman mengambil semua nutrien perlu untuk hidup.

S: Terdapatkah sistem hidroponik yang berbeza-beza?

J: Ya. Terdapat banyak jenis sistem Hidroponik dalam pasaran hari ini. Beberapa jenis sistem Hidroponik yang popular saperti berikut:

Sistem Suapan Atas (sistem titisan)

Suapan makanan diatas atau sistem titisan beroperasi dengan menggunakan sebuah pam dan tiub untuk menghantar larutan nutrien diatas bahantara, cecair nutrien menitis melalui tiub dan kembali ke takungan. Sistem suapan atas boleh dipercayai, memerlukan sedikit selengaraan dan adalah sesuai untuk semua jenis tanaman .

Ebb & Flow

Sistem Ebb dan Flow mengandungi tapak tanaman di mana kontena-kontena diisi dengan bahantara memegang akar tumbuhan anda. Bahantara juga berfungsi sebagai penimbal menyerap air dan nutrien sekitar sistem akar. Tapak tanaman di banjiri secara berkala untuk memberi makan dan menyiram tanaman dan menyalirkan oksigen secara bebas kedalam zon akar. Sistem Ebb dan Flow ini memerlukan penyelenggaraan minima, produktiviti tinggi dan senang dikendali membuat nya sebagai sistem Hidroponi paling popular bukan sahaja bagi yang mula menceburi tetapi juga oleh pekebun mahir.

Teknik Lapisan Nutrien (Nutrient Film Technique)

Teknik lapisan nutrien telah dibangunkan sekitar pertengahan 1960 di England oleh Dr Allen Cooper. NFT memastikan aliran nutrien zat makanan memenuhi atas sistem akar, sentiasa memberi makanan kepada tanaman, menjadikan hasil dan produktiviti meningkat. Sistem NFT menggunakan sedikit atau tiada langsung bahantara dengan ini mengurangkan kos operasi. ‘Trellising’ mungkin diperlukan apabila tanaman tumbuh lebih besar dalam sistem NFT disebabkan oleh kekurangan bahantara untuk memegang tumbuhan ditempatnya.

Sistem Aeroponik

Sistem Aeroponik menggunakan pam dan penyembur yang secara berterusan menyembur larutan nutrien yang kaya dengan oksigen secara langsung ke atas sistem akar tumbuhan anda. Sistem Aeroponik telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang cepat dan kadar kejayaan tinggi dalam ‘clone rooting’ disebabkan jumlah besar oksigen boleh didapati dalam larutan. Sistem ini membiak dengan jayanya akar sukar tumbuhan. Bahantara yang sedikit dalam sistem-sistem ini mengurangkan kos operasi.

Sistem Pam Angin

Sistem pam angin yang menggunakan pam udara kecil akuarium untuk sentiasa mengedarkan laruatan kaya dengan nutrien melalui bahantara. Kaedah Hidroponik ini membekalkan lebih oksigen yang terlarut bagi sistem akar tumbuhan itu daripada kaedah lain walaupun tidak sebanyak sistem Aeroponik. Sistem pam angin boleh didapati dalam pelbagai jenis konfigurasi dan saiz.

S: Apakah sistem Hidroponik yang tidak mahal boleh digunakan oleh pengguna yang baru menceburi penanaman?

J: Suapan Atas / Sistem Titisan secara umumnya sistem terbaik bagi yang baru belajar. My Hidroponik KebunDrip dan EkoTumbuh ialah sistem titisan besar. Hampir semua tanaman boleh tumbuh diatas sistem ini. Anda boleh mula dengan satu atau dua sistemdan jika kemudian anada memeutuskan nada mahu mempunyai beberapa unit-unit tambahan. Sistem tambahan boleh disambung dan dikemaskini dengan sistem My KebunDrip.

S: Apakah “CONTROLLER”, dan apakah dilakukan nya?

J: ‘Controller’ ialah takungan zat makanan yang besar dan boleh membekalkan zat makanan dibancuh bagi sebanyak lima modul My KebunDrip atau EkoTumbuh. Controller ini menyediakan bekalan larutan nutrien tambahan apabila tanaman menlangkah ke fasa pertumbuhan pesat.

Tags: , , , , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: