Perihal


Peningkatan kesejahteraan keluarga dapat terlaksana melalui kultur tanaman sayur-sayuran dan tanaman buah di pekarangan. Di bandar sulit mendapatkan tanah subur dan luas untuk media pertanaman, kultur secara hidroponik merupakan suatu  alternatif yang dapat diterapkan. Hidroponik sebagai salah satu bentuk kultur tanaman diharapkan dapat menokok pendapatan dan efisiensi penggunaan laman  serta dapat menambahkan keserasian, kenyamanan kualiti kehidupan penduduk  bandar.

Hidroponik telah membawa kultur tanaman keperingkat seterusnya. Bahkan orang yang tidak  pernah tertarik berkebun atau menanam tanaman telah mula melakukannya sekarang kerana mereka tertarik dengan konsep tanaman tanpa tanah.

Ada beberapa manfaat dengan tanaman dalam kultur  tanpa tanah adalah seperti berikut:

  • Kurang penggunaan ruang
  • Masa penanaman dikurangkan
  • Buruh dan penyenggaraan kebun dikurangkan
  • Penjimatan air
  • Nutrien dapat dikitar
  • Penjimatan kos melalui kitaran  nutrien
  • Serangga, lumut dan masalah penyakit  dapat dikawal dengan mudah.
  • Tanaman menggunaka sisten hidroponik  boleh mengelakan serangga bawaan tanah
  • Lebih kawalan persekitaran  pertumbuhan akar. Senang menukar suhu, kelembapan, kegelapan dll pada zon akar.
  • Pengeluaran yang lebih tinggi.

My Hydroponic Technology (Pg0276719-X)  menawarkan ‘kebun instant/segera’ sebanyak 6 – 12 pasu hingga lah 100 pasu dan lebih. Sebuah kebun yang bersih, senang diurus serta unsur estetiknya. Rujukan sila layari GALERI MyHT. Jika ada soalan boleh emel hus.myht@hotmail.com atau telefon nombor 014-3438 500.

Tinggalkan komen