Tag Archive | Ebb & Flow

Soalan Lazim Hidroponik

S: APAKAH HIDROPONIK?

 

J: Hidroponik, secara ringkas adalah teknik penanaman tanpa menggunakan tanah.

S: Saya masih baru dengan Hidroponik, apakah yang saya perlu untuk memulakan?

J: Sambil anda mendapat pengetahuan melalui pengalaman, anda akan terus menambah produk dan meningkatkan sistem dan teknik anda. Untuk memulakan anda akan memerlukan sistem hidroponik, nutrisi hidroponik, media hidroponik (mungkin bergantung pada jenis hidroponik), sumber cahaya (matahari atau lampu), masa dan tanaman.

S: Dimanakah boleh saya tanam menggunakan kaedah Hidroponik?

J: Di mana saja,  dalam rumah tanaman atau di luar. Apa-apa tanaman boleh tumbuh dengan hidroponik, walaupun sesetengah lebih halus daripada yang lain. Sekiranya pencahayaan mencukupi untuk tumbuhan berkembang, mungkin seseorang telah menanam nya menggunakan hidroponik.

S: Apakah jenis-jenis tanaman boleh saya tanam menggunakan sistem Hidroponik?

J: Hampir semua pokok tanaman boleh di tanam secara hidroponik, tetapi setengah-setengah tumbuh-tumbuhan di lihat lebih effisien ruang. Sebahagian tumbuh-tumbuhan yang kami cadangkan ialah tomato, cili pedas/hijau/merah, selada, bayam, terung, timun-timun, brokoli, kekacang, herba-herba dan semua jenis bunga. Baca Lagi…